Monday, June 15, 2009

Latar Belakang

MALAYSIA RAYA CORDIAL IND (M) SDN BHD telah secara rasminya ditubuhkan sebagai sebuah syarikat pada 10 hb Oktober 1989.

Syarikat yang sebelumnya dikenali sebagai SHARINA ENTERPRISE ini telah diasaskan oleh Puan Hajjah Rabtah Bte Baba pada 1985 di Lot 53, Jln Pauh Kijang,Kg Malaysia Raya, Kuala Lumpur.

di peringkat permulaan, perusahaan yang dijalankan adalah secara indusrti kampung dengan mengusahakan produk sos (sos cili dan sos tomato) dan minuman berperisa buah (cordial limau kasturi, kurma, belimbing besi, dan, dan lain-lain) dan dipasarkan menggunakan jenama "MONA".

Pada tahun 1987, MRC telah diterajui oleh Encik Sharudin Bin Yasin sebagai pengarah Urusan yang bertanggungjawab untuk mentadbir syarikat dan memperkenalkan produk syarikat kepada umum.

Seterusnya pada tahun 1988, beberapa lagi jenis minuman berperisa yang berasaskan asam jawa (kordial dan jus) dan halia ( kordial dan pati) diperkenalkan untukmeneroka pasaran baru.

Dengan perkembangan yang begitu menggalakkan ini, telah meyakinkan pihak kerajaan untuk menawarkan Malaysia Raya Kordial Ind. (M) Sdn Bhd sebagai pembekal sos cili dan sos tomato kepada agensi-agensi kerajaan.

Syarikat ini yang sebelumnya bertempat di Kampung Malaysia Raya telah secara rasmi berpindah ke bangunan baru di Kawasan Perindustrian Kecil Desa tasik beralamat di No 14, Jalan 30E/146, Desa Tasik,Sg Besi, 57000 Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment